Pada dahulu kala, ada beberapa ekor kera muda yang memulakan perjalanan mereka ke sebuah destinasi baru.

Sebelum itu, mereka diberikan duit dan diberikan nasihat dan tunjuk ajar oleh kera2 tua yang telah melalui perjalanan tersebut sebelumnya, dengan harapan harta pusaka dan nasihat pujangga yang diturunkan akan diambil buat pedoman.

Matlamat ada, semangat ada, maka mulalah perjalanan mereka, melaung perwira, mendabik dada, semangat membara.

Kera-kera muda ini, kera moden, ada ‘handphone’, ada wifi.

Satu hari, beberapa ketuanya menerima panggilan dari kera yang lama yang bertanya, ‘Kera2 sudahkah kamu merancang dengan baik intisari dan arah tujuan mu?’

Si kera muda lancang menjawab, ‘Kamu menanya saya tentang bagaimana hendak merancang? Saya? Teraju unggul sekian alam?’

(Baiklah nak, suka hati ko, asalkan jangan tidak endah nasihat hamba sua)

1 bulan pun berlalu, si kera muda mula berbelanja dengan sewenangnya-wenangnya, mula hilang arah tujuan, namun sifat bongkak masih ada, hidung tinggi, setinggi-tinggi singapore flyer.

Kera tua menalipon sekali lagi,”Semua ok nak? Arah tuju? Ada masalah? Kami sudi menolong”.

Masih dengan nada gagah,”Adalah masalah sikit, tapi bukan salah kita, barang di sinilah mahal sangat, dan tempat nya terlalu gelap, tak nampak mana kita pergi. Tapi semua ok, jangan khuatir.”

(Hai si kera muda ini, asal cari alasan yang lain? Tak akan la satu benda pun bukan salah mereka sendiri? Ada ke tidak nasihat kita diambil? hhmmm……)

2 bulan berlalu, kini si kera2 muda sudah dihampir penghujung nyawa mereka, duit hampir lesap, tenaga makin berkurang.

Si kera tua menalipon lagi,”Kami risau, ada apa yang boleh dibantu. Maaf kerana terkasar kadang2, atau tertajam sangat marahnya, tetapi apa nak buat kalau cakap dengan baik, nasihat dengan baik, tak masuk diajar? Kami ingin tolong, kalau ada masalah beritahulah, kami hanya mahu yang terbaik.”

Meraka menjawab, separuh ‘defensive’, separuh pasti,”Hmmmm, semua ok. Jangan khuatir. Sambutlah kami ketika pulang nanti ye.”

(hmmmm… alhamdullilah, semuanya nampak baik)

Maka pulanglah mereka.

Tinggal setengah sahaja. Yang termuda, lemah lesu dek harus mengangkat beg2 yang lebih tua sedikit dari mereka. Dan bagi yang tua sedikit hanya segilintir yang masih meneraju. Duit sudah habis, perjalanan sudah tamat, tetapi matlamat telah lama hilang ditelan kedegilan diri yang menyalahkan semua orang kecuali dirinya, yang membina tipu helah bahawa semua ‘fine and dandy’ padahal dibawahnya kemelut membara.

Si tua, menggelengkan kepala.

(Nasihat telah diberi, tatkala diberikan dengan baik, tatkala diberikan dengan sindiran, tatkala diberikan dengan tajam duri, namun masih tak jalan juga? Nak buat apa lagi eh? Tangan dihulur, ditolak pergi. Time and support given, we were shown mediocrity. Riches and resources given, spent through whim and fancy. Concern shown, we were replied all fine and dandy.)

(Ye la tu nak. BODOH SOMBONG tak bertempat. Gasak kau la eh, da besar panjang, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan)

Sometimes saying I told you so just wouldnt do.

(Haiz, kawan aku kata ’you must learn to let go, let them pick up their own slack. You did all you can’. Itu saya setuju, Tapi kan, takkan nak biarkan macam bangkai bernyawa sei. kalau situasinya macam satu tahun yang lalu, aku gembira sei tinggalkan tempat ini, tetapi alamak terpaksa lanjutkan pelajaran di sinilah, lantas terpaksalah prihatin tentang kejadian2 di sini)

Lalu, seorang lagi kera tua berkata, ‘kita harus berbincang dan menolong mereka untuk mengelolakan acara2 akhir yang akan datang ini. Mereka, kami dan kamu, semua masih cinta tempat ini. Jadi marilah kita usahakan sama-sama. Tunjukkan mereka yang tinggal bahawa kita di samping mereka’

(Aduhai, semangat betul orang2 lama ini. Kasih betul mereka. Haiz, tapi AKU ini da 4 tahun di tempat ini. Nasihat sudah, turun acara mereka pun sudah, tolong pun ada sak. Tetapi Masih bodoh sombong, degil tak bertempat. haiz, kini masa korang la. Teman seperjuanganku seorang tu yang amat kuhormati telah lama meninggalkan tempat ini, aku rasa aku pun harus ikut, kalo tidak sampai bila sei. Pasti kera2 tua yang lain, yang lebih muda dari aku sedikit akan cuba menolong. Mereka berwibawa. Biarkanlah mereka tolong si kera2 muda itu.)

(Tsk tsk tsk… haiz kalo ketua-ketuanya mendengar nasihat dan tidak bodoh sombong mungkin takkan ginilah jadinya. Tetapi kan takda orang tahu la eh. Tengok sahajalah)